5 Tips Mengurangkan Kolesterol

images1

Jenis Makanan Rendah Kolesterol

1- Makanan Oat: Makanan oat mengandungi serat larut yang boleh mengurangkan lipoprotein ketumpatan yang rendah (LDL). Serat larut boleh mengurangkan penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah kita. Oat mempunyai 5 hingga 10 gram serat larut dalam sehari dan boleh mengurangkan kolesterol LDL.

Oleh itu, digalakkan untuk mengambil lebih daripada satu cawan makan oat memandangkan oat mengandungi 6 gram serat larut. Anda boleh menambah pisang epal, pir, barli kepadanya. Dengan menambah serat larut ini, ia telah meningkat kepada 10 gram. Hal ini akan membantu mengurangkan kolesterol.

2- Walnut & Badam (Almond): Walnut, badam dan kacang lain boleh mengurangkan kolesterol dalam aliran darah. Walnut kaya dengan “polyunsaturated” yang membantu mengekalkan saluran darah agar bersih dan sihat.

Dengan makanan seperti kacang tanah, hazelnuts, badam, pistachios dan lain-lain boleh mengurangkan risiko anda daripada serangan jantung. Pastikan kacang tidak disalut dengan garam. Semua kacang yang tinggi kolesterol boleh meningkatkan berat badan dan menggantikan kacang (badam, pistachios, walnut) dan bukannya lemak tepu seperti keju, daging dalam salad.

3- Bawang putih: Bawang putih merupakan herba lama yang memastikan jantung berada dalam keadaan sihat. Hal ini kerana bawang putih mengawal tekanan darah, kolesterol, darah beku dan melawan jangkitan. Baru-baru ini kajian membuktikan bahawa bawang putih juga mampu memberhentikan plak arteri yang tersumbat.

4- Fiber & Antioksidan dalam buah-buahan: Buah Epal, pear, oren dan anggur kaya dengan serat larut yang membantu mengurangkan kolesterol. Antioksidan dalam buah-buahan ini boleh melindungi LDL (lipoprotein ketumpatan rendah) daripada menjadi lebih teruk.

Kolesterol yang berlebihan boleh membawa kepada pembentukan plak melekit dan boleh meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Buah-buahan yang kaya dengan antioksidan adalah seperti blueberry, anggur, jus delima dan lain-lain. Selain itu, lobak juga membantu dalam mengurangkan kolesterol dalam saluran darah.

5- cendawan: Komponen aktif dalam cendawan yang boleh dimakan boleh membantu menurunkan paras kolesterol anda dalam aliran darah. Cendawan yang boleh dimakan juga mengandungi edodes lentinus yang bukan sahaja mengurangkan kolesterol tetapi ia juga meningkatkan sehingga sistem imun.

search terms:

oat kurangkan kolestrol

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: