Double Stem Cell – Produk Anti-penuaan dan Kesihatan

Produk Anti-penuaan dan KesihatanProduk anti-penuaan dan kesihatan diri berasaskan teknologi Stem Cell terkini merupakan gabungan sel stem epal dan sel stem anggur yang diperkaya dengan khasiat acaiberi dan juga bluberi untuk khasiat dan kesan berganda. Terbukti setakat ini bahawa produk kesihatan berasaskan teknologi sel stem epal dari Switzerland ini banyak membantu kebanyakan pengguna meningkatkan tahap kesihatan serta membantu merawat pelbagai penyakit.

Dengan bantuan penyelidikan dan pembangunan, Switzerland berjaya menghasilkan satu lagi penemuan terbaru berasaskan sel stem anggur yang berasaskan Teknologi PhytoCellTec Solar Vitis. Ia berupaya memberikan perlindungan UV serta kaya dengan kolagen untuk membantu mengekalkan kesihatan kulit dari luar dan dalam

Manakala, ramuan ekstrak acaiberi dan bluberi yang tinggi tahap antioksidan pula berupaya menyingkirkan radikal bebas dengan khasiat vitamin untuk kesihatan tubuh. Double Stem cell membekalkan nutrien bagi membantu merangsang pertumbuhan dan penggantian sel-sel baharu dengan cara membaikpulih sel lama yang telah rosak dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan.

Dengan kawalan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta melawan penyakit. Manfaat produk ini akan lebih menyerlah pada kulit, wajah dan bentuk badan penggunanya. Tubuh badan akan kekal cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan seharian, sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan jantina.

Double Stem Cell amat disyorkan kepada mereka yang mempunyai masalah gout, sakit saraf dan sendi, buasir atau sembelit, diabetes, darah tinggi, anemia, kulit sensitif, sistem penghadaman lemah, kerap selsema, resdung, kolesterol tinggi, masalah kewanitaan dan juga migrain. Baigamanakah cara penggunaannya? Sangat mudah! Tuang satu sachet ke bawah lidah, kemam 15-20 saat hingga cair dan meresap. Kemudian, digalakkan minum air masak atau suam. Ianya lebih berkesan jika diambil sebaik perut kosong, sebelum sarapan pagi.

Kesan pengambilan produk ini sangat efektif. Kulit wajah akan sentiasa gebu dan cerah, kedutan pada kulit akan berkurangan jika penggunaan berterusan. Jerawat dan parut akan mengecut kesan daripada peningkatan metabolisma badan dan pengaktifan sel-sel badan  dan kulit di samping mengurangkan masalah kulit wajah berminyak. Selain itu, kulit akan sentiasa licin dan lembap kerana peningkatan penyerapan kolagen oleh badan. Badan akan lebih merangsang kolagen dan bertindak menguatkan sendi dan tulang. Produk ini juga berperanan menjaga kesihatan dan melancarkan peredaran darah ke jantung dan juga mengurangkan risiko kanser dan penyakit lain.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: