Jenis-jenis Jerawat

Secara umumnya, jerawat mempunyai 4 jenis peringkat iaitu halus atau ringan ( whitehead / blackhead  adalah antara yang termasuk dalam kategori ini) , sedang, sederhana berat, dan teruk. Perbezaan peringkat itu boleh dilihat melalui jumlah jerawat yang ada, ukuran saiz jerawat dan keaadaan peradangan sekeliling jerawat.

Disamping itu, terdapat beberapa jenis jerawat mengikut tahap umur manusia yang dikenalpasti, iaitu:

Newborn acne: jerawat yang menyerang sekitar 20% pada bayi yang baru lahir. Tergolong dalam jenis jerawat halus

 Infantile acne: Jerawat yang biasa tumbuh pada bayi yang berumur dalam tiga ke enam bulan. Ia akan tumbuh semula saat usia beranjak remaja.

Vulgaris acne: Jerawat paling umum terjadi dan paling sering dihidap remaja dan belia.

 Cystic acne: Jerawat yang jarang terjadi, jika terhasil ia sering terjadi pada kaum lelaki muda. Tergolong dalam jerawat teruk.

Jenis-jenis Parut Jerawat

Kelazimannya parut jerawat yang tidak diganggu dan hasil jerawat pecah secara sendirinya akan mengambil masa dalam enam bulan untuk pulih dengan pendedahan pada kulit pada kadar minimum

Namun begitu, masih ada dua jenis parut yang boleh kekal lebih lama:

Parut akibat pertambahan formasi tisu kulit.

Parut ini jarang berlaku dan biasanya disebabkan tindakbalas badan kepada parut secara keturunan. Ia berlaku apabila sel kulit berinteraksi dengan kolagen lebihan, dimana ia menghasilkan sejenis gumpalan berserat. Parut ini biasanya kelihatan tegang dan licin, dan boleh bertahan bertahun-tahun lamanya.

Parut akibat kehilangan tisu kulit

Parut jenis ini adalah lebih kerap berlaku. Ia boleh menjadi beberapa jenis bentuk:

Soft Acne Scars

Kelazimannya kecil, berbentuk bulat atau garis lurus, lembut pada sentuhan. Sukar dilihat melainkan diteliti.

Ice-Pick Acne Scars

Sering terhasil pada pipi, parut tajam adalah kecil tetapi dalam. Memiliki bucu-bucu tajam. Parut tajam agak sukar dirawat

Depressed Fibrotic Acne Scars

Parut ini adalah hasilan peringkat seterusnya daripada Ice-Pick Acne Scars. Bezanya ia lebih besar dan keras pada bahagian asasnya.

Atrophic Macules

Sejenis parut jerawat yang lazim berlaku bangsa Kaukasia, ia lembut dan sedikit berkedut. Saluran darah yang berada dibawah permukaan parut boleh memberi paparan seolah-olah berwana ungu lebam pada mulanya, tetapi akan pudar secara perlahan. Pada kebiasaannya Atrophic Macules hanya tumbuh secara kecil-kecilan di kulit muka, tetapi ia boleh mencapai satu sentimeter lebih pada bahagian lain tubuh.

Folecular Macular Atrophy

Lebih mudah didapati di dada atau bahagian belakang badan. Ia berbentuk kecil, lembut dan putih, menyerupai whitehead yang masih belum tumbuh sepenuhnya. Dapat bertumbuh selama berbulan-bulan malah bertahun-tahun.

Mengikut kata Macrene Alexiades-Armenakas, seorang professor pembantu klinik dermatologi di Yale School of Medicine dan pakar bahagian terapi laser untuk rawatan jerawat, terdapat tiga kategori jerawat yang harus diketahui:

Comedonal acne: Jerawat halus yang melibatkan blackhead dan whitehead. Ia terbentuk disebabkan komponen kulit yang dipanggil sebum, bersama sel-sel kulit mati, menyebabkan pori-pori tersumbat. Ia tumbuh paling kerap di dahi, hidung, dan dagu.

Inflammatory acne: Terbentuk apabila kawasan kulit bawah blackhead atau whitehead menjadi radang.

Cystic Acne: Jerawat paling teruk, terbentuk daripada hasil jangkitan sebenar di kawasan pertumbuhan jerawat. Sering berlaku akibat keturunan. Amat menyakitkan dan boleh menyebabkan kecacatan dan parut yang berkekalan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: