Kelebihan Dan Fadhilat Madu Lebah

Dalam dunia Islam ini, kita sudah tidak asing dengan fadhilat madu lebah yang dikenali sebagai penyembuh pelbagai penyakit. Sudah terbukti dalam ayat Al-Quran ini tentang kelebihan madu :

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:

“Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu(dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir”.

-Surah An-Nahl; Ayat 68-69-

Madu lebah mempunyai khasiat yang tak terkira. Antaranya ialah Vitamin A,B,C,D,E,K, B1,B2,B3,B5,B6 dan lebih 172 lagi yang tidak diketahui dan sedang dikaji serta beberapa zat logam seperti magesium, potassium, kalsium,sodium,klorin,belerang dan zat besi.

Dengan kandungan pelbagai vitamin dan nutrisi yang terkandung dalam madu lebah ini, secara ringkasnya, madu lebah ini sangat berkesan dalam beberapa hal di bawah ini.

1) Menghilangkan ketagihan dadah
2) Menghilangkan kahak
3) Sebagai ubat sakit perut

Seperti dalam hadis ini :

“ Daripada Abu Said Al’Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. “Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air”. Sabda RASULLULAH S.A.W, “Minumlah madu kepadanya” Lalu diminumkan madu kepadanya.

Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, “Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah”. RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali.

Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, “Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, “ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya”.

4) Memutih dan menguatkan gigi
5) Menghilangkan kesan terbakar pada kulit
6) Menguatkan badan bagi yang berumur.
7) Kaya dengan bahan anti oksidan (lebih pekat, lebih kaya) yang menghalang bahan-bahan radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel badan yang boleh menyebabkan badan lemah dan juga penyakit kanser.
8) Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan
9) Membunuh kuman
10) Mampu menyembuh ulse dan luka dengan berkesan
11) Mampu merawat penyakit mata (pernah dicuba dan berjaya)
12) Mampu menjadi antibiotik yang lebih berkesan terhadap badan kita.

Fadhilat madu lebah ini terlalu istimewa dan banyak sehinggakan ia dianggap sebagai ibu kepada segala makanan, minuman dan ubatan. Madu lebah mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak kita dalam masa lebih kurang TUJUH minit sekiranya dicampur dengan sedikit air. Hal ini kerana madu lebah mengandungi gula ASLI glukosa dan fraktosa yang sangat muda dihadam.

Keberkesanan madu lebah ini bukan sahaja disebut dalam Al-Quran, As-Sunnah, Kitab Bibble, namun pernah dicuba dan dibukti berkesan oleh para saintis dan doktor dari seluruh dunia. Pernah sekali, seorang doktor dari Romania menceritakan pengalaman beliau menggunakan madu lebah untuk merawat 2094 penyakit katarak, dan didapati, 2002 daripada pesakit beliau sembuh sepenuhnya. Ajaibnya madu lebah ini !

Kesimpulannya, madu lebah ASLI ini banyak manfaatnya. Dan kita sebagai hamba Allah ini perlu ingat, bahawa segalanya dengan izin Allah SWT sahaja.

Bagi yang berminat mengamalkan pemakanan/peminuman madu lebah ini, perlu diingat,

– Jangan sesekali menyimpan madu lebah di dalam peti sejuk
– Jauhkan madu lebah dari litar elektrik
– Jangan gunakan madu dengan unsure logam atau penyakit kronik tanpa nasihat pakar
– Jangan dimakan bersama tembikai dan timun.
– Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.

Madu Asli

Untuk Mengetahui lebih lanjut tentang madu Klik Sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *