Khasiat Daun Pegaga

PEGAGA

Daun pegaga selain daripada enak dibuat ulam ianya juga boleh mengubati beberapa penyakit  antaranya ialah kencing manis, kecutkan  peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Selain dari itu daun pegaga  juga boleh merawat kecantikan anda.

Serikan Wajah Anda

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapis dan sejukkan. Setelah itu minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu tiga kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan dibuat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan anda kecut.

Menghilangkan Bintik-Bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Caranya: Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.

Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka anda hilang.

search terms:

cara mengunakan daun pegaga,daun pegaga untuk muka

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: