Komponen Dan Kebaikan Senaman

 Senaman adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan kita. Masyarakat disarankan melakukan aktiviti kerana ia adalah salah satu kaedah untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu ketahanan kardiovaskular, kecergasan otot, kemudahlenturan dan komposisi badan.

          Ketahanan kardiovaskular merupakan keupayaan yang berterusan yang melibatkan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa oksigen ke semua sel yang berada dalam badan seseorang individu. Komponen ini melibatkan senaman yang meningkatkan kemampuan paru-paru serta jantung. Tambahan lagi, ia melibatkan otot-otot besar bahagian kaki, bahu dan lengan.

          Manakala kecergasan otot melinatkan melalui senaman yang berselang selama 2 hingga 3 minit. Kemudia individu akan berehat selama 15 minit. Bagi kompnen ini, aktiviti senaman harus ditingkat 2 hingga 3 minit sehingga mencapai 30 minit dalam aktiviti senaman tersebut. Seterusnya, komponen kemudahlenturan atau dikenali juga sebagai fleksibiliti adalah lemampuan sendi-sendi untuk bergerak bebas dengan selesa. Komponen yang terakhir ialah komposisi badan dimana jumlah bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim otot.

          Antara kebaikan senaman ialah mampu meningkatkan kecergasan fizikal, memperbaiki keseimbangan, mengurangkan kerisauan, menambah tenaga untuk melakukan aktiviti atau tugas harian, mempercepatkan pemulihan dari penyakit, melambatkan osteoporosis dan melalui senaman juga masyarrakat berpeluang untuk mengenali lebih ramai orang.

          Terdapat pelbagai program senaman yang boleh diikuti oleh masyarakat seperti sesi memanaskan badan, senaman aerobic dan juga sesi menyejukkan badan. Individu disarankan untuk menjalankan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu namu ia adalah berdasarkan kemampuan seseorang individu itu sendiri.

Untuk pengetahuan kita, sesi memanaskan badan dapat membantu otot-otot jantung serta sendi bersedia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti harian. Tambahan lagi, melalui sesi pemanasan badan juga ia dapat melindungi seseorang dari menghadapi sebarang kecederaan. Antara ciri-ciri pemanasan badan ialah tempoh pemanasan adalah lebih kurang 10 minit. Kebiasaannya, ia akan dimulakan dengan melakukan senaman ringan iaitu berjalan kaki tau berlari anak-anak.

          Seterusnya, senaman aerobik pula melibatkan kumpulan otot-otot yang besar seperti berjalan. Tempoh masa untuk melakukan aerobik ialah antara 10 hingga 30 minit. Namun ia adalah bergantung kepada individu masing-masing. Oleh itu, adalah penting untuk mengetahui ketahanan atau kemampuan kita dalam melakukan aktiviti senaman tersebut.

Manakala untuk sesi menyejukkan badan ia boleh membantu individu memulihkan otot-otot serta boleh mengelakkan keselesaan dalam diri seseorang. jangka masa untuk melakukan sesi menyejukkan badan adalah antara 5 minit hingga 10 minit. Setelah sesi menyejukkan badan selesai  individu boleh mengulang kembali sesi pemanasan. Kesimpulannya, senaman merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan semua masyarakat boleh melakukan sesi senaman sedemikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *