Tips-tips untuk Mengelak atau Mengubati Jerawat

tips untuk Mengelak Jerawat

– Elakkan memakai kosmetik yang tebal: Sebagai contohnya bedak. Kosmetik yang tebal boleh menutup pori-pori daripada bernafas lalu menyebabkan pori-pori tersumbat.

– Jangan lupa untuk mencuci muka dan hilangkan kesan kosmetik sebelum tidur. Kandungan kosmetik memiliki molekul gula yang boleh membiakkan yis semalaman.– Kebersihan peralatan kosmetik juga penting. Seringkali diabaikan, berus bedak, span serta peralatan-peralatan lain menjadi tempat paling mudah untuk kuman membiak.

– Cara terbaik mencuci adalah dengan mencampurkan sedikit pencuci muka yang biasa dipakai ke dalam air, kacau sehingga sebati, kemudian celupkan dan gerakkan berus atau span di dalam air untuk menyerap sepenuhnya. Kemudian bilas dengan air suam lalu keringkan.

– Banyakkan meminum air. Bukan sahaja ia baik untuk kesihatan secara umum, bahkan air juga membantu tubuh mengalirkan oksigen ke seluruh badan serta mengeluarkan toksin ( melalui peluh dan urea) yang seringkali mengakibatkan keradangan.

– Elakkan menyentuh kulit muka dengan tangan kerana tangan kita adalah ‘rumah’ untuk beribu jenis kuman. Ditambah pula apabila menyentuh, tanpa disedari kita memberi tekanan pada pori-pori lalu menambah kerengsaan pada kelenjar-kelenjar minyak.

Mengubati Jerawat

– Gunakan sabun yang lembut: Elakkan pencuci yang kuat. Biarpun kesannya seolah-olah berkesan pada kadar yang cepat, namun sebagai ganti kulit akan menjadi cepat kering, terhakis dan rosak. Ini boleh menyebabkan keradangan kulit dan lebih menyakitkan sekiranya telah ada jerawat.

– Bagi yang mengambil pil perancang dan kontraseptif, elakkan mengambil yang mengandungi tinggi kandungan androgen dan rendah kandungan estrogen seperti:

  • Loestrin
  • Estrotep
  • Fe Levien
  • Alesse
  • Ovral
  • Norestrin
  • Nuvo ring
  • Mirena ring
  • Suntikan Depoprovera

 Fakta Menarik: Selain daripada masalah jerawat, antara komplikasi yang sering dikaitkan dengan pengambilan pil perancang adalah penghasilan ketulan darah/ darah tersumbat, kenaikan berat badan, mual, perubahan mood secara mendadak, kemurungan,kesakitan di bahagian payudara, stroke, masalah sistem penghadaman, dan embolisma.

– Kebiasaannya, pihak pakar kulit akan mencadangkan kombinasi pengambilan antibiotik sacara oral seperti Doxycycline, Tetracycline, Minocycline atau Erythremycin. Antibiotik-antibiotik ini bertugas membunuh kuman yang menyebabkan keradangan di sekeliling pori-pori yang tersumbat.

– Namun begitu, antibiotik-antibiotik ini mempunyai kesan sampingan:

– Doxycyclin boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap cahaya matahari.

– Tetracycline boleh menyebabkan kekuningan ketara pada gigi kanak-kanak

– Pihak pakar kulit juga akan mencadangakan rawatan microdermabrasion bagi parut-parut jerawat. Rawatan kebiasaannya rawatan ini mengambil masa enam ke lapan minggu.

Disamping itu, ada kaedah-kaedah lain yang pernah dicuba untuk merawat jerawat halus seperti menyapu benzoyl peroxide atau salicylic acid.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: