Penjagaan Kulit Muka Lelaki

Apabila sebut mengenai muka, tidak ramai lelaki yang mementingkan kebersihan kulit muka. Ramai yang menganggap penjagaan wajah hanya untuk wanita. Bagi mereka, cukup hanya sekadar menjaganya dengan mencuci muka seminggu sekali.

Sebenarnya, tanggapan ini salah sama sekali. Penjagaan muka amat penting lebih-lebih lagi kaum lelaki kerana penjagaan muka yang bersih menggambarkan imej lelaki yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan dalam aspek kehidupan.

Tidak hairanlah jika seorang pelakon amat mementingkan kebersihan diri dan wajah kerana ianya menggambarkan imejnya yang bersih. Akibat daripada tidak menjaga kebersihan wajah pada awal, kaum lelaki boleh mengalami masalah kulit wajah berjeragat hasil daripada pengumpulan minyak di muka.

Penjagaan muka bagi lelaki tidak sukar. Hanya beberapa langkah sahaja sudah cukup untuk menjaga kulit wajah:

1) Amalkan mencuci wajah 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka. Ianya untuk menghilangkan debu-debu dan kotoran yang melekat di muka anda. Digalakan menggunakan sabun pencuci muka, bukan sabun mandi kerana tahap kealkalian dalam sabun mandi berbeza dengan sabun pencuci muka. Antara jenama sabun pencuci muka yang baik seperti Nivea For Men, Nugena For Men, dan Garnier For Men.

2) Cukur janggut dan misai anda untuk kemasan pada wajah anda. Jika anda hendak menyimpan janggut, misai dan jambang, cukup sekadar cukur untuk merapikannya, tidak mencukur sehingga licin. Pastikan anda menggunakan krim pencukur sebelum memulakan cukuran anda dan sapukan dengan krim selepas cukur untuk mengelakkan kawasan yang telah dicukur daripada gatal.

3) Basuh muka anda dengan air suam. Basuhan menggunakan air suam akan memecahkan minyak di muka anda dan membuka liang-liang roma pada wajah anda.

4) Pastikan kuku anda tidak panjang kerana kuku yang panjang mengandungi bakteria yang boleh merosakkan kulit muka anda.

5) Basuh sarung bantal, cadar, dan selimut anda sekurang-kurangnya 2 bulan sekali. Ini kerana persekitaran yang kotor memudahkan diri kita menerima pelbagai penyakit seperti selsema dan batuk.

6) Kurangkan makan makanan yang berminyak sekiranya kulit anda mudak berminyak. Makanan yang berminyak akan menjadikan kulit anda berminyak sekaligus menjadikan kulit anda tidak kelihatan segar.

7) Gunakan tuala yang lain untuk mengelap muka anda. Jangan menggunaka tuala badan untuk mengelap muka anda kerana kulit muka lebih sensitive dengan kotoran.

8) Ambil multivitamin untuk kesihatan kulit anda. Anda boleh mengambil Vitamin C Organik 500mg untuk kebaikan kulit anda. Andai kata tidak mampu, banyakkan mengambil buah-buahan yang mengandungi Vitamin C.

Penjagaan muka yang baik akan memberikan penampilan yang baik. Tidak hairanlah jika seseorang itu boleh gagal dalam temuduganya hanya kerana penampilannya tidak kemas. Ingat, Islam mementingkan kebersihan kerana KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN.

search terms:

pencuci muka terbaik untuk lelaki,bedak muka untuk lelaki

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous:

Next: