Tips Mudah Penjagaan Muka

Penjagaan muka amat penting untuk seseorang yang menjaga penampilan bagi menunjukkan personaliti yang menarik. Sebenarnya, penjagaan muka bukan lah perkara yang susah kerana ia bergantung kepada kerajinan individu itu sendiri. Antara “nak” atau “tak nak” saja kan? Berikut merupakan antara tips paling mudah dalam penjagaan muka.

Cuci muka dua kali sehari

Mencuci muka adalah perkara yang paling mudah dalam penjagaan muka. Penggunaan minima mencuci muka ialah dua kali sehari iaitu biasa nya pada waktu pagi dan malam. Tambahan lagi, banyak krim pencuci muka di jual dalam pasaran. Oleh itu, ia sepatutnya tidak menjadi masalah bagi seseorang yang ingin menjaga muka dengan baik. Namun, pastikan krim pencuci muka yang anda beli tulen dan bersesuaian dengan wajah anda.

Tanggalkan make-up sebelum tidur

Wanita yang memakai make-up harus membersihkan alat solek yang terdapat muka nya sebelum tidur. Hal ini untuk memastikan muka sentiasa dalam keadaan bersih. Namun, tiada masalah jika ingin menggunakan night lotion ketika tidur.

Menggunakan UV protection

Sebelum keluar rumah, adalah lebih baik jika anda meletakkan krim yang mempunyai UV protection untuk penjagaan muka. Anda boleh letakkan krim atau losyen yang bersesuaian kerana ia amat penting untuk memastikan muka sentiasa bersih dan terlindung daripada cahaya matahari yang panas.

Elakkan penggunakan alat solek yang berlebihan

Penggunaan alat solek yang berlebihan berkemungkinan akan menjejaskan kesihatan kulit anda. Tambahan lagi, alat solek yang berlebihan akan menampakkan wajah yang tidak natural. Oleh itu, penjagaan muka secara besederhana dalam solekan adalah lebih baik.

Berdisplin

Disiplin adalah hal yang perlu diutamakan oleh setiap individu. Hal ini kerana jika anda malas dan lalai dalam penjagaan muka, berkemungkinan muka anda akan terdedah kepada jerawat atau kulit berminyak. Oleh itu, anda haruslah menjaga muka dengan mengikut aturan yang ditetapkan sepeti mencuci muka dua kali setiap hari.

search terms:

aturan penjagaan muka

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous:

Next: